SEJAK tahun lalu, isu sistem pendidikan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) terus mendapat
Namun selepas desakan demi desakan, kementerian dilihat mula
menambahbaik beberapa perkara termasuk berkaitan sistem capaian online
SPPBS.
Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Ketua Biro Pendidikan
Gabungan NGO Islam & Melayu Malaysia (GNIMM), Mohd Nor Izzat Mohd
Johari, seorang guru yang lantang dalam memperjuangkan kempen Mansuh PBS
selepas ia dilihat gagal mencapai objektif sebenar.
SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan sistem pendidikan PBS selepas dibantah?
NOR IZZAT: Ada tiga komponen terbesar yang diubah.
Pertama, sistem online. Dalam perbincangan 24 Disember 2013, seperti
yang dijanjikan Datuk Seri Idris Jusoh sendiri di hadapan
pegawai-pegawai di kementerian, mengatakan ingin naik taraf ‘server’.
Jadi, (ketika itu) kita kena tunggulah pada 1 April dengan ‘server’
yang baru. Beliau pernah umumkan dalam media bahawa sistem online itu
akan dimigrasikan bersama sistem pengurusan sekolah. Selepas desakan
kita, akhirnya mereka buat keputusan pada 18 Mac, bahawa sistem itu
ditiadakan atau dalam bahasa kita, dimansuhkan.
Kedua, berkenaan pengurusan fail murid. Maknanya selepas ini,
‘evidence’ tak perlu dibuat. Jadi, kita lihat perkara itu baik, cuma,
menjadi satu persoalan, adakah fail-fail sebelum ini diguna
pakai?...mungkin ini persoalan yang pihak kementerian wajar menjawab
sebelum ada pertikaian lain.
Kemudian yang ketiga, tentang Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Apa yang
kita dapati, PT3 ini dalam tempoh selepas diumumkan, ada dua kali
pertukaran format yang kita semua memang tak perasan tapi guru-guru
perasan.
Pertama, dulu dikatakan ada pentaksiran pusat, hanya lima subjek
termasuk tambahan empat subjek bahasa. Secara keseluruhannya sembilan.
Tapi lepas desakan, mereka cuba mengubah bahawa semua subjek ada
pentaksiran pusat. Jadi, kalau bagi saya, secara ringkas, bukan ada
perubahan apa-apa. Sama macam PMR cuma ditukar nama.
SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini Menteri Pendidikan
II mengumumkan tentang sesi penerangan PBS terhadap ibu bapa akan
dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara, bulan depan. Apa
pandangan anda?
NOR IZZAT: Seperti yang saya jangka dari awal tahun
lepas, memang mereka akan membuat perancangan untuk menerangkan sebab
sebelum diumumkan, dalam tempoh sebelum nak ditangguh itu, mereka ada
buat satu taklimat kepada pentadbir, guru dan ibu bapa. Nama taklimat
itu adalah Taklimat Penataran Penambahbaikan PBS.
Saya duduk dalam dua jenis taklimat iaitu bersama pentadbir dan guru.
Dua taklimat ini mereka sampaikan maklumat yang berbeza-beza. Itu saya
berani jamin cakap. Dengan pentadbir kata A, dengan guru kata B.
Contohnya, dia bentang format PT3. Tapi bila saya tanya apa format?
Sebab dia kata dah buat kajian menyeluruh maknanya format PT3 itu dah
ada. Tapi bila saya soal di mana format tersebut, dia tak dapat
bentangkan dan pentadbir mula bising.
Keesokannya taklimat dengan guru, mereka kata, semua yang dibentangkan
hari ini adalah baru cadangan. Semalam kata sudah tetap tapi hari ini
kata ia baru cadangan... pemberi taklimat itu teruk ditekan para
pentadbir dengan pelbagai soalan.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pemberi taklimat itu tidak arif mengenai permasalahan PBS?
NOR IZZAT: Berbalik kepada asasnya, PBS ini bagus.
Taklimat yang diberikan itu bagus, secara teorinya. Tapi apabila
pelaksanaannya tidak seperti mana yang diharapkan, dia cuba menutup
kelemahan-kelemahan tersebut. Malangnya, kelemahan itu dah melarat.
Dalam proses melarat itu, cikgu-cikgu dah lama simpan dan mungkin
kebetulan, saya menyuarakan perkara ini dan mereka cuba bersama serta
menyalurkan maklumat. Ada yang mengatakan apa yang mereka buat selama
ini sia-sia. Pemberi taklimat cuba menutup kelemahan itu dengan mudah.
Apabila telah berbincang dengan Datuk Seri Idris, barulah dapat satu
perkataan yang selalu mereka gunakan iaitu, kecairan maklumat...kalau
betul ada kecairan maklumat, kita sama-sama baiki. Tapi malangnya, apa
yang mereka lakukan tidak (bukan), itu yang berlaku sekarang ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Jadi, adakah PBS ini tidak boleh diaplikasi dalam negara kita?
NOR IZZAT: Mengikut keadaan semasa secara ringkasnya,
PBS ini bagus tetapi belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Itu
yang sebenar-benarnya.
SINAR HARIAN ONLINE: Kekeliruan terhadap sistem PBS ini, bagaimana anda melihat cara kementerian menangani perkara itu?
NOR IZZAT: Pertama, taklimat yang disampaikan itu
tidak menyeluruh. Kedua, berbeza-beza. Kalau dulu, saya akui memang ada
taklimat yang diberikan oleh guru-guru di peringkat sekolah.
Itu memang tugas sebagai seorang guru. Tapi saya yakin semua sekolah di
Malaysia memang tak dapat menyelami PBS itu sebenar kerana taklimat
yang diberikan berbeza-beza. Format untuk setiap subjek berbeza-beza dan
saban tahun bertukar-tukar.
SINAR HARIAN ONLINE: Maklumat tak sama, jadi, apa sepatutnya yang kementerian buat?
NOR IZZAT: Taklimat yang sama perlu diberikan kepada
guru-guru dan pentadbir. Taklimat ini sebelum perkara itu berlaku.
Sebelum kita nak buat satu program, taklimat dahulu. Walaupun nak bawa
pelajar pergi lawatan.
Selepas taklimat kepada guru dan pentadbir, baru kita buat taklimat
kepada ibu bapa beritahu bahawa akan ada satu sistem baru yang akan
menggantikan sistem peperiksaan yang lebih baik daripada sistem sebelum
ini. Sebelum taklimat bermula di sekolah, sepatutnya taklimat bermula di
kementerian itu sendiri dan sepatutnya pihak atasan perlu faham PBS ini
terlebih dahulu. Itu yang sepatutnya berlaku sebelum 2012.
SINAR HARIAN ONLINE: Cikgu menyebut PBS belum sampai masa untuk diaplikasikan di negara ini. Apa kekangan di negara ini?
NOR IZZAT: Pertama, infra. Keadaan kelas iaitu
kuantiti guru dan murid. Itu paling pertama. Kita rujuk kembali PBS yang
sekarang ini dilaksanakan di Finland. 1 : 13 atau 14 ditambah dua
pembantu guru di setiap kelas. Tapi kalau kita nak tiru sepenuhnya, saya
pun sebagai rakyat Malaysia saya yakin, perlahan-lahan kita membuat
perubahan. Mungkin untuk asas pertama, buat penambahan pembantu guru.
Pendidikan penerima bajet kedua tertinggi di negara ini. Apa salahnya
kalau gunakan belanjawan tersebut...jangan buat sistem baru. Buat
penambahbaikan kepada infra sendiri. Penambahan pembantu guru itu boleh
dibuat. Buat secara berperingkat. Lebih baik berperingkat ke arah itu
daripada berperingkat membuat penambahbaikan PBS yang dah memang semakin
lama semakin buruk.
Saya menjangkakan di Malaysia, 1: 15, pun memadai. 20 itu maksimum.
Realisasikan ini dulu, baru buat penambahbaikan yang lain. Di Australia
sendiri 1: 15. Kita hanya tiru sistem tapi kita tidak tiru
keseluruhannya.
SINAR HARIAN ONLINE: Peperiksaan itu tidak relevan untuk menilai prestasi pelajar sekarang?
NOR IZZAT: Saya lihat ada satu isu yang...apabila
pelajar cemerlang akhirnya tidak berjaya di universiti. Mungkin itu yang
kementerian nampak. Jadi, mereka ambil pendekatan laksana PBS. PBS
memang baik sebab ia memberi peluang kepada guru untuk memberi tumpuan
kepada murid seorang demi seorang tanpa ada yang tertinggal. Tapi
tumpuan itu dalam keadaan ramai, tak sesuai.
Sebenarnya, kementerian dah buat...kalau kita perasan ketika kita
sekolah dulu pun, kita ada dua perkara, kurikulum dan kokurikulum. Jadi,
dah lama ada tapi sekarang digandakan saja.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagi pelajar yang sedang berada di Tingkatan 3 tahun ini, bagaimana nasib mereka?
NOR IZZAT: Sampai saat ini, masih belum ada format
lagi dikeluarkan. Apa yang diumumkan adalah PT3 ada pentaksiran pusat.
Saya ada beri satu pandangan bahawa cikgu tidak pernah merancang untuk
murid...kalau untuk esok, hari ini baru nak rancang. Kalau ikutkan untuk
pelajar PMR atau SPM atau UPSR sekalipun, cikgu sudah merancang ketika
cuti sekolah. Saya yakin 100 peratus cikgu buat begini. Tapi, sampai
hari ini....
SINAR HARIAN ONLINE: Apa harapan cikgu?
NOR IZZAT: Saya difahamkan bahawa Majlis Profesor
Negara (MPN) telah memberi kertas cadangan penambahbaikan tapi malangnya
tidak digunakan. Kenapa? Saya lihat ada lebih daripada 15 cadangan
penambahbaikan. Jadi, harapan saya kepada pihak kementerian, tolonglah
jemput saya...kalau tak nak pun, panggillah guru-guru lain...tapi dalam
keadaan semasa, saya rasa mereka tak terima.
Kita akan bincang dan saya beri semua cadangan-cadangan yang terbaik.
Saya sudah bentangkan dengan beberapa pihak termasuk cadangan itu dengan
Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah
dan beliau bersetuju dengan cadangan-cadangan saya itu tapi mungkin
perlu ada kajian lagi.
perhatian sehingga ke hari ini.
Banyak perkara dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama berkaitan
pelaksanaan sistem itu yang dilihat pincang.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !