Popular kerana kontroversi? - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » Popular kerana kontroversi?

Popular kerana kontroversi?

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 11:03 PM

NAMA Amyra Rosli barangkali bukan lagi asing dalam industri seni kini. Apatah lagi, gadis berusia

Biarpun boleh dikategorikan masih hijau, namun bakat gadis berusia 23 tahun ini tidak boleh dipandang enteng selepas lakonannya dalam drama bersiri Ku Cinta Kau Seorang menarik perhatian ramai.


Bagaimanapun di sebalik karier lakonan yang berkembang baik, Amyra tidak dapat mengelak dari kisah kontroversi yang mula terpalit pada diari seninya.

Bermula dengan isu dia didakwa mempunyai masalah disiplin hingga melarat ke isu pertengkarannya dengan dramatis popular Fasha Sandha, sedikit sebanyak memburukkan imej pelakon yang baru dua tahun berkecimpung di dalam industri seni ini.

Meskipun terpalit dengan cerita kontroversi, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan karier seni tunang kepada aktor Dazrin Kamaruddin.

Buktinya Khamis lalu, Amyra secara rasmi telah dilantik sebagai duta ebuah produk menggantikan aktres cantik, Hanez Suraya.

Kontroversi dan artis tidak dapat dipisahkan. Ayat itu mungkin kedengaran agak kasar, namun bilangan artis yang berjaya menempuh onak ranjau industri seni tanpa cerita kontroversi dapat di bilang dengan jari.

Ada sesetengah kontroversi memberi kebaikan kepada sesetengah artis itu, namun ada sesetengah kontroversi memberi kesan buruk terhadap kariernya seninya.

Begitu jugalah situasi yang dapat dilihat terhadap karier seni pelakon baru, Amyra Rosli.

Mula berkecimpung di dalam industri seni pada 2011 menerusi drama Supermax, namun nama Amyra hanya menjadi perhatian tahun ini setelah dikatakan mempunyai masalah disiplin dan 'perseteruannya' dengan aktres, Fasha Sandha.

Sejak itu, kelibat Amyra mula menjadi perhatian dan tidak hairanlah apabila Amyra menjadi duta baharu AuraWhite.

Bagaimanapun tegas Amyra, pelantikannya sebagai duta produk berkenaan tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

"Bagi saya kontroversi adalah asam garam dalam dunia selebriti dan pelantikan saya hari ini tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang pernah berlaku.

"Namun, apa yang terjadi sebelum ini sebenarnya mematangkan saya dan sebagai orang baharu, banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari," ujarnya yang ditemui pada majlis memperkenalkan duta baru AuraWhite, di Hotel Aloft, Kual Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta AuraWhite yang baharu, Amyra berkata, tanggungjawab sebagai duta bukanlah satu tugas mudah, namun dia akan mengalas kepercayaan yangdiberikan dengan sebaik mungkin.

“Saya memang sudah lama mengamalkan AuraWhite. Saya mulakan dengan makanan tambahan kemudian saya cuba produk kecantikannya pula. Bila ditawarkan jadi duta, saya gembira dan bersyukur.

"Tak dinafikan, ini satu tanggungjawab yang berat apatah lagi saya masih baru dalam industri. Tapi saya tidak akan mempersiakan kepercayaan yang AuraWhite beri pada saya," katanya.

Menyentuh mengenai isu pertelingkahannya dengan Fasha, Amyra berkata, segala yang berlaku hanya salah faham kerana mereka tidak mempunyai apa-apa masalah.

"Kontroversi itu timbul hanya disebabkan salah faham. Saya ada menghubungi kak Fasha dan dia seorang kakak yang baik. Saya hormati dia.

"Sebagai orang lama, saya rasa tak salah kalau dia menegur saya atau sesiapa pun yang menegur kesalahan saya. Pada saya, teguran itu sebagai antara adik dengan kakak. Saya pun tiada masalah kalau nanti ada peluang bekerja dengannya lagi dan hubungan kami baik," jelasnya.

Sedia berkahwin

Ditanya mengenai hubungannya dengan Dazrin, Amyra berkata, dia dan tunangnya itu masih lagi berbincang mengenai tarikh perkahwinan dan majlis dijangka berlangsung selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Insya-ALLAH kami akan berkahwin tahun ini atau paling lewat awal tahun depan. Tapi setakat ini tarikh nikahnya belum ada lagi. Kalau sudah ditetapkan oleh kedua belah keluarga kami nanti, saya akan membuat pengumuman," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran sebuah telefilem khas sempena Aidilfitri.

Selain itu, Amyra juga bakal muncul dalam sitkom pendidikan kegemaran ramai iaitu Oh! My English tidak lama lagi dan bakal menjadi salah seorang pelajar baharu dalam sitkom tersebut.
23 tahun ini dikatakan mempunyai wajah seiras pelakon Indonesia, Nia Ramadhani.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template