Haram penanaman daum ketum - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » Haram penanaman daum ketum

Haram penanaman daum ketum

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:34 PM

KANGAR - Timbalan Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perlis, Sabri

Sabri berkata, di negeri itu daun ketum juga dijual kepada penduduk di negara jiran yang sanggup masuk ke negeri ini untuk menyeludup daun ketum.


Katanya, segelintir penduduk yang menanam daun ketum di negeri ini menjadi kaya raya sehingga dapat membina sebuah rumah besar hasil jualan daun ketum.

“Pihak kami memandang serius kegiatan menanam daun ketum yang ditanam secara berleluasa terutama di kawasan kampung sehingga menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih air ketum.

“Ketagihan air ketum menyebabkan ramai anak muda termasuk orang dewasa mahupun orang tua sanggup berhabis duit untuk mendapatkan air ketum tersebut.

“Selain itu, ketagihan air ketum juga boleh menyebabkan runtuhnya institusi keluarga, malah menyebabkan gangguan kesihatan,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemadam Daerah Kangar ke 19 di sini, kelmarin.

Sabri yang juga Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan, Pengangkutan, Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru, Bandar Baru berkata, pihaknya akan menyokong segala usaha kerajaan bagi membasmi ketagihan daun ketum.

Kelmarin, semasa sidang Dun di sini, Menteri Besar Azlan Man (BN-Pauh) dalam jawapan bagi menjawab soalan tambahan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) berkata kerajaan Perlis telah mengusulkan kepada kerajaan persekutuan agar kesalahan bersabit daun ketum dimasukkan di bawah akta dadah berbahaya sebagai usaha membendung penyalahgunaan tumbuhan itu.
Ahmad berharap Kerajaan Pusat akan menggubal undang-undang untuk mengharamkan penanaman daun ketum bagi mengelak rakyat terus menderita akibat ketagihan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template