Oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH
ULTRA kiasu memang licik, dengan sengaja menggunakan
isu ucapan Barack Obama dan temuduga biasiswa Mara untuk menekan
kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi
kehendak mereka.
Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul periksa.
Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan mengaku
salah tidak tentu pasal.
Siasat dan buat penyelidikan dahulu, lepas itu,
baharulah bincang apa yang benar, apa yang salah.
Ucapan Presiden Amerika itu mengenai kedudukan bukan Melayu sangat
menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas.
Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa? Penindasan bagaimana yang telah dilakukan kerajaan?
Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan
sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia dipraktikkan segera, sama rata
dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu dipinda.
Apa masalahnya, kenapa tidak dijawab secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?
Sistem pendidikan di negara ini, sudah lebih Cina dari negara China,
seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti Cina berasaskan kaum.
Sekarang ini, di sana-sini, di setiap negeri, ada sahaja, bandar
industri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal ini?
Kita lihat NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada Obama.
Soalan dan pandangan mereka, tidak sedikit pun memuji negara yang
didiaminya, sanak-saudara dan tempatnya mencari makan secara
senang-lenang.
Pada saya mudah sahaja, jika di sini, bukan lagi syurga untuk dijadikan
tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu.
Kenapa mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah
ada syurga. Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan
syurga yang lebih indah. Kita yang masih tak nampak.
Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa Mara. Apa salahnya jika
temuduga turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat jawab, itu dikira
kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah.
Bukan bermakna pelajar yang tidak dapat menjawab diketepikan. Kuota
mereka tetap ada. Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi
serangan mereka amat keterlaluan.
Kita begitu beria-ia untuk berkongsi kalimah ALLAH. Ini tidak termasuk
kepercayaan kepada nabi-nabi Islam, Nabi Adam, Musa dan Isa. Kenapa
dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?
Kadangkala dalam temuduga, kita juga ditanya mengenai perbandingan
agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya itu adalah sejarah dan
subjek moral. Pelajar Melayu tidak pernah bising pun.
Jika tidak dapat jawab, terus-terang sahaja, saya tidak tahu. Apa yang
penting kita dapat. Adalah perkara biasa dalam temuduga jika kita tidak
dapat menjawab.
Dahulu, ketika saya masih kecil, saya adalah anak pertama bukan Islam
Malaysia yang belajar dan mengambil mata pelajaran agama Islam dalam
peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak salah mempelajari ilmu
Islam kerana ia bersifat universal.
Hari ini, saya merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.
Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika adil itu adalah
Malaysian Malaysia, Malaysia ini sangat tidak adil. Diskriminasi sangat
jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak nampak macam
negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan lambakan
kuil, tokong dan gereja yang melebihi berbanding surau dan masjid.
Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa asing lebih mengakar
terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung tidak
mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA.
Ekonomi dan harta kekayaan negara ini rata-ratanya dibolot dan dikaut
oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima
habuan daripada bukan Islam.
Di mana diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib
bangsa Fijian di Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang
diperintah Cina di Singapura? Adakah di situ ada sama rata dan sama
rasa? Maju sangatkah negara-negara ini dengan konsep sama rata dan sama
rasanya?
biasiswa Mara untuk menekan
kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi
kehendak mereka.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !