NIBONG TEBAL - Lelaki yang ditemui terapung di Sungai Kerian Khamis lalu
dikenal pasti sebagai
Menurut sumber, ibu mangsa membuat laporan polis dua hari sebelum
mangsa ditemui terapung selepas gagal dihubungi dan tidak pulang ke
rumah.
“Ahli keluarganya turut melakukan pencarian dan menemui motosikalnya yang diletakkan di tepi jalan di Sungai Bakap.
“Bagaimanapun, mayat mangsa yang ditutup matanya ditemui tersangkut di
tebing sungai berhampiran timbunan sampah oleh nelayan yang sedang
memukat,” katanya kepada Sinar Harian.
Susulan dari penemuan itu, siasatan lanjut dijalankan dan didapati mangsa mati sejak beberapa hari sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat
ketika dihubungi berkata, kes terbabit kini diklasifikasikan sebagai
bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini masih belum ada tangkapan yang dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes ini.
“Hasil keterangan yang diambil daripada keluarga mendapati mereka tidak
mengesyaki mangsa mempunyai musuh dan juga mendakwa dia tidak terbabit
dengan kegiatan kongsi gelap,” katanya.
Polis kini sedang mengesan rakan-rakan yang rapat dengan mangsa yang
belajar di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal bagi membantu
siasatan.
A Samuel, 18, selepas ahli keluarga mangsa
membuat pengecaman di rumah mayat.
Dibelasah sebelum dibuang
Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:06 PM
Related articles
Labels:
Perak
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !