ALOR SETAR - Tiada orang dalam terlibat dengan sindiket penjualan sijil
nikah poligami yang
Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya berkata, ia
berdasarkan siasatan awal yang dijalankan terhadap Pejabat Agama Daerah
Kota Setar.
Beliau berkata, sijil nikah poligami yang dihasilkan itu juga palsu.
“Kita buat siasatan di peringkat pejabat agama dan yakin orang dalam tidak terlibat.
“Kita percaya individu terbabit sengaja memalsukan maklumat untuk tujuan tertentu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, beliau masih menantikan beberapa pasangan lagi untuk tampil membantu siasatan.
“Dalam rekod kita ada lebih 60 pasangan yang dipercayai terlibat dengan
sindiket nikah poligami, tetapi baru satu pasangan tampil membantu
siasatan.
“Kita sudah panggil mereka untuk membantu tetapi masih belum berbuat demikian,” katanya.
Noh berkata, tindakan akan diambil terhadap individu berkenaan selepas kertas siasatan kes itu lengkap sepenuhnya.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami
ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai
Jaik boleh dilakukan tanpa kehadiran wali.
Sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu
dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat
sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia.
dikesan aktif di sekitar Kuala Kedah sejak beberapa
tahun lalu.
Tiada 'orang dalam' terlibat sindiket poligami
Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:11 PM
Related articles
Labels:
Kedah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !