PPN Perak ambil langkah berani - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » PPN Perak ambil langkah berani

PPN Perak ambil langkah berani

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:30 PM

BERUAS - Kerajaan negeri menganggap, pembinaan kilang memproses minyak kelapa sawit di l

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pembinaan kilang keempat bernilai RM47 juta itu bukan sahaja memberi manfaat kepada PPN, tetapi juga mereka yang bukan ahli pertubuhan tersebut.


Menurutnya, bagi memastikan kilang berkenaan dapat memaksimumkan kapasiti penghasilan minyak, pekebun kecil dinasihatkan membantu PPN meningkatkan hasil kelapa sawit di sekitar kawasan Beruas dan Manjung.

“PPN Perak telah mengambil langkah berani untuk membina kilang mereka sendiri yang kini sudah bertambah kepada empat kilang.

"Ia dapat membantu PPN daripada segi kewangan, ekonomi dan peluang pekerjaan kepada ahli dan bukan ahli,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Kamalrul Badri Mat Ali dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN Perak, Mohd Zaki Din.

Pada majlis itu, Zambry turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPN Perak dengan Agrobank untuk pembiayaan pembinaan kilang baharu berkenaan.

Difahamkan, kilang dibina di atas tanah seluas 57 hektar itu menggunakan teknologi canggih dan mampu menghasilkan pulangan tinggi serta dapat mengurangkan kos dan tenaga kerja.

Zambry berkata, penggunaan mesin berteknologi canggih membolehkan penghasilan minyak kelapa dalam kuantiti yang banyak dalam satu proses tanpa menggunakan tenaga kerja.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan tenaga kerja untuk memproses minyak kelapa sawit.

Sementara itu, Kamalrul Badri dalam ucapannya berkata, ahli-ahli pertubuhan peladang disarankan membuat pelaburan dalam pembinaan kilang berkenaan.

“Bukan sahaja membuat pelaburan, malah mereka yang mempunyai ladang-ladang kelapa sawit mestilah menjual hasil sawit mereka kepada kilang ini bagi memastikan pemprosesan minyak dapat dijalankan secara optimum.

“Kita jangka kilang yang bakal dibina ini akan beri manfaat berganda kepada negeri Perak khususnya,” katanya.
adang Kampung Tengah, di sini sebagai langkah berani Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template