Jangan pinggir nilai agama, adat - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » Jangan pinggir nilai agama, adat

Jangan pinggir nilai agama, adat

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:29 PM

KUALA KANGSAR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir

Baginda bertitah, dalam keghairahan berada di dalam dunia tanpa sempadan, masyarakat perlu terus memperteguh tunjang dan asas nilai tradisi yang positif.


"Nilai-nilai sosial yang baik mampu menjadi benteng yang utuh untuk masyarakat mendepani pelbagai cabaran dan gejala keruntuhan akhlak.

"Perkembangan semasa hari ini menuntut generasi muda benar-benar sedar akan peranan tersebut kerana adat perlu dijunjung dan  budi yang baik perlu dikenang jua.

"Beta ingin melihat generasi kini sebagai insan serba boleh, berfikiran matang dalam berpolitik, menjadi sumber tenaga yang berguna dalam ekonomi, dan berperanan dalam masyarakat dengan pandai bersosial tanpa meminggirkan nilai-nilai agama serta boleh menjunjung adat,” titah baginda sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)  2014, di sini, semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Pada majlis itu, Tuanku Muhriz berkenan menyampaikan anugerah antaranya Anugerah Carey, Anugerah Hasanal Bolkiah, Anugerah Kepimpinan, Anugerah Pengetua dan Anugerah Mcoba kepada 307 guru dan pelajar cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Baginda melahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang ditunjukkan semua pelajar yang secara tidak langsung meletakkan MCKK sebagai sebuah institusi pendidikan berjaya mendukung aspirasi semua pihak.

Bagaimanapun baginda mahu, kecemerlangan itu dikekalkan dan dipertingkatkan bukan sahaja untuk memelihara nama baik MCKK, tetapi untuk memastikan pelajar lulusandaripada kolej itu berjaya mendapat tempat terbaik di institusi-institusi pengajian tinggi yang terulung yang semestinya menjanjikan persaingan yang kompetitif.

"Beta turut difahamkan dalam kumpulan besar penerima hadiah ini, 29 orang pelajar merupakan pelajar International Baccalaureate kohort dua yang akan  menamatkan sesi pembelajaran di sini.

“Program bertaraf dunia ini diharapkan menjadi batu asas yang penting kepada MCKK untuk terus maju dalam menerajui kepimpinan pendidikan di Malaysia,” titah baginda.

Hubungan waris takhta kerabat diraja Negeri Sembilan dengan MCKK wujud apabila Almarhum Tuanku Muhammad Shah Tuanku Antah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang memerintah dari 1888 hingga 1933, merupakan seorang daripada empat Raja-Raja Melayu yang berperanan dalam penubuhan MCKK pada 1905.
mengingatkan generasi masa kini agar tidak meminggirkan nilai agama dan adat, meskipun berdepan dengan kecanggihan teknologi.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template