ALOR SETAR - Seorang pengusaha stesen minyak kerugian kira-kira RM16,500
selepas 7,500 liter
Mangsa, Baharuddin Abdul Majid, 68, berkata, kejadian kira-kira jam 2
hingga 3 pagi itu, hanya disedari keesokan hari oleh anak lelakinya yang
mendapati kunci tangki berada dalam keadaan terbuka.
Menurutnya, stesen minyak miliknya itu dibuka 24 jam, bagaimanapun
kejadian tidak disedari pekerja berikutan tangki minyak berada di
bahagian belakang premis.
“Masa itu hanya ada seorang pekerja yang bertugas di kaunter bayaran
sepanjang shif awal pagi. Kami dapat lihat sebahagian pergerakan
sekumpulan pencuri itu melalui rakaman kamera litar tertutup CCTV yang
ada.
“Kita dapati ada dua kereta dan sebuah lori panjang yang terlibat. Pada
awalnya sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti berhampiran lantai
tangki dan berpura-pura kenderaan mereka rosak.
“Manakala sebuah kereta lagi berada di tepi jalan raya hadapan stesen minyak,” katanya, semalam.
Tambah Baharuddin, suspek kemudiannya bertindak mengalihkan sudut
pandang CCTV menggunakan sebatang kayu. Keadaan CCTV didongak ke pandang
atas, menyebabkan aktiviti mereka selepas itu tidak dapat dirakam.
“Rakaman sebelum itu juga menunjukkan seorang lelaki berkain pelikat
berdiri sambil memerhatikan keadaan sekeliling stesen minyak sebelum
menaiki kereta berkenaan.
“Pada waktu sama terdapat sebuah lori yang berhenti tetapi tidak
mengisi minyak, sebaliknya pemandu lori hanya turun membeli minuman,”
katanya.
Dalam pada itu menurutnya, kemungkinan minyak daripada tangki simpanan itu disedut menggunakan pam melalui lori tersebut.
“Mereka mungkin letak tangki dalam lori yang ditutup dengan kanvas,
pekerja saya tidak mengesyaki sebarang kejadian dan hanya kedengaran
bunyi enjin lori tersebut.
“Kalau mereka matikan enjin lori kemungkinan boleh dengar bunyi enjin
pam penyedut,” katanya yang membuka stesen minyak itu sejak 15 tahun
lalu.
Selepas kejadian itu, Baharuddin mengambil langkah dengan menutup laluan belakang premis pada waktu malam.
Berikutan kejadian itu juga, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
petrol dicurinya dalam satu kejadian, di Jalan
Seberang Jalan Putra, Mergong, dekat sini, baru-baru ini.
7,500 liter petrol dicuri
Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:18 PM
Related articles
Labels:
Kedah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !