Sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » Sempadan Malaysia-Thailand terkawal

Sempadan Malaysia-Thailand terkawal

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:21 PM

BAYAN LEPAS - Sempadan antara Malaysia dan Thailand berada dalam keadaan aman dan

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, tugas menjaga keamanan di sempadan sepanjang 749 kilometer itu bertambah baik apabila terjalinnya kerjasama yang erat antara tentera Malaysia dan Thailand.


Beliau berkata, kawasan sempadan Malaysia-Thailand agak luas dan panjang iaitu merangkumi Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dengan pelbagai bentuk muka bumi.

“Namun itu bukan halangan untuk menjaga keamanan. Kita sentiasa mengikuti dan memenuhi keperluan dalam menjaga kedaulatan negara khususnya di kawasan perbatasan.

“Tentera Darat meletakkan kepentingan iaitu sempadan sentiasa utuh dan tidak mudah dibolosi. Panglima Medan juga sentiasa mengolah pendekatan baru bagi memastikan ia berada dalam keadaan terkawal dan aman,” katanya kepada media selepas menghadiri senamrobik dan derma darah sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke 81 di Kem Sungai Ara semalam.

Raja Mohamed Affandi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keselamatan sempadan negara yang didakwa longgar berikutan ramai pendatang warga asing berjaya meloloskan diri ke negara ini.

Menurutnya, Tentera Darat sentiasa bekerjasama dengan pasukan kawalan sempadan Thailand bagi memastikan pencerobohan perbatasan sentiasa dipantau.

“Kerjasama kita dengan Thailand melalui Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) amat akrab. Kita boleh berhubung antara satu sama lain setiap masa.

“Oleh sebab itu, maklumat yang hendak disampaikan boleh diterima dengan segera. Ia satu perkembangan yang memberangsangkan dan ini membolehkan kita melaksanakan tugas pengawasan yang baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raja Mohamed Affandi meminta bukan Melayu untuk menyertai pasukan Tentera Darat agar sama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Menurutnya, tentera sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kehadiran semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit, etnik dan agama untuk menyertainya.

“Penyertaan aum lain dalam Tentera Darat sekarang ini agak kurang memberangsangkan.

“Tugas mempertahankan negara bukanlah tergalas di bahu bangsa tertentu sahaja sebalik menjadi tanggungjawab bersama semua rakyat Malaysia,” katanya.
terkawal.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template