Halang pili bomba: 105 kompaun dikeluarkan - Tin Buruk
Headlines News :
Home » » Halang pili bomba: 105 kompaun dikeluarkan

Halang pili bomba: 105 kompaun dikeluarkan

Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:13 PM

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengeluarkan 105
kompaun terhadap kesalahan melakukan halangan di hadapan pili bomba sejak Januari 2012 hingga April lepas.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, antara sebab kompaun dikeluarkan kerana meletakkan kenderaan terlalu hampir dengan pili bomba dan menghalang pili bomba sehingga menyebabkan pihak bomba tidak boleh menggunakannya.


Katanya pada 2012 sebanyak 38 kompaun dikeluarkan dan hanya 33 kompaun dibayar manakala pada 2013 sebanyak 61 kompaun dikeluarkan (46 dibayar) dan bagi bulan Januari hingga April 2014, enam kompaun dikeluarkan dan hanya empat kompaun dibayar.
"Daripada 105 kompaun yang dikeluarkan hanya 83 dibayar melibatkan jumlah hasil RM9,300 manakala 22 lagi individu masih gagal menjelaskan kompaun," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2014 peringkat negeri di sini hari ini.
  
Awang Hidzel berkata, pesalah boleh dikompaun RM100 atas kesalahan itu dan boleh mencapai maksimum RM500 bagi pesalah yang kerap melakukan kesalahan, manakala bagi individu yang gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kertas siasatan boleh dibuka dan dibawa ke mahkamah.
"Bagi mengelakkan daripada dikenakan kompaun, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan mereka terlalu hampir dengan pili bomba atau menanam pokok berdekatan pili bomba sehingga mengganggu anggota bomba menjalankan tugas," katanya.
Sementara itu, Awang Hidzel meminta orang awam supaya mengawal emosi jika anggota bomba tiba lewat di tempat kejadian dan tidak mengganggu pihak bomba ketika menjalankan tugas bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.   

"Orang awam perlu memberi ruang kepada bomba untuk menjalankan tugas mereka.
Anggota bomba tidak seharusnya disakiti atas alasan lambat sedangkan setiap anggota bomba meletakkan kepentingan orang awam sebagai keutamaan," katanya. - Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Akta Mesin Cetak

Akta Mesin Cetak

Umno Sudah Berubah

Umno Sudah Berubah
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tin Buruk - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template