PENDUDUK Pengkalan Hulu, Perak di sini, ternyata lega
dengan keputusan Maybank membatalkan
Perkembangan terbaru mengenai perkara itu sememangnya disambut baik
memandangkan penduduk tidak perlu bergerak lebih jauh untuk melakukan
urusan berkaitan.
Pengguna, Ruslan Che Man berkata, pembatalan itu akan memberikan impak positif kepada penduduk.
Menurutnya, institusi itu menjadi tumpuan penduduk kerana ia satu-satunya bank yang ada di Pengkalan Hulu.
“Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus mempertahankan
satu-satunya bank di sini dan terima kasih juga kepada Maybank yang
mendengar permintaan kami.
“Saya harap isu ini tidak akan timbul lagi selepas ini kerana ia pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, pengguna, Afendi Ahmad berkata, pujian harus diberikan
kepada kepimpinan di peringkat Parlimen dan Dun yang memastikan
kebajikan penduduk terbela.
“Saya bersyukur Maybank masih meneruskan operasi di Pengkalan Hulu.
"Apa pun, saya harap pihak berkenaan menambah baik segala kekurangan yang ada,” ujarnya.
Keputusan tersebut turut disambut baik Adun Pengkalan Hulu, Aznel
Ibrahim yang berpendapat penutupan bank tersebut bakal mendatangkan
kesukaran kepada penduduk, terutama warga emas.
hasrat untuk menutup cawangannya di
daerah itu.
Penduduk rasa lega Maybank terus operasi
Written By Warta Utara on Sunday, May 4, 2014 | 7:27 PM
Related articles
Labels:
Perak
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !